Sunday, June 6, 2010
Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama JHEAIK
Pada 19 dan 20 Mei 2010 telah diadakan Kejohanan Sukan Sekolah Menengah Agama JHEAIK peringkat Negeri Kedah kali ke-11. Kejohanan ini melibatkan 3 buah zon iaitu Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Maktab Mahmud. Seramai 557 orang pelajar, 53 orang pegawai / urusetia telah menjayakan kejohanan sukan pada hari tersebut. Kejohanan ini telah berlangsung di MSI-UNIKL Kulim,
Politeknik Kulim dan Mini Stadium Keladi.
Acara-acara sukan yang telah dipertandingkan ialah badminton, sepak takraw, bola sepak, bola jaring, bola tampar dan ping pong (L & P). Kejohanan ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Fathullah Suhaimi bin Haji Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah. Kejohanan sukan ini telah berlangsung dengan lancar. Penyelaras Umum bagi kejohanan ini ialah Encik Azizan Bin Ahmad (Nazir Sekolah-Sekolah Agama JHEAIK). Keputusan bagi setiap acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut :
Juara Badminton perseorangan Lelaki
Mohd Haris Iqbal B. Abu Hassan, SMA Darussaadah Titi Besi
Juara Badminton perseorangan Perempuan
Shamimi Abd. Halim, Maktab Mahmud Padang Terap
Juara Badminton beregu lelaki
Mohd Zaher B. Bidin dan Mohd Tarmizi B. Din, SMA Maahad Dini
Juara Badminton beregu perempuan
Intan Nur Shuhaida Bt. Bidin dan Farisah Bt. Mohammad, SMA Darussaadah Titi Besi
Juara Ping pong perseorangan Lelaki
Mohammad Faris B. Che Sharif, Maahad Tahfiz Abidin
Juara Ping Pong perseorangan Perempuan
Siti Nur Syazwani Bt. Alias, Maktab Mahmud Kulim
Juara Ping pong beregu Lelaki
Mohammad Syazwan B. Solihin dan Mohd Baihaqi B. Abd. Basir, SMA Nahdzah Bukit Besar
Juara Ping Pong beregu Perempuan
Nur Thaqifah Bt. Khairi dan Khadijah Bt. Abdullah, Maktab Mahmud Yan
Juara Bola Tampar Lelaki
Maktab Mahmud Pendang
Juara Bola Tampar Perempuan
SMA Yayasan Khairiah
Juara Bola Jaring
SMA Yayasan Khairiah
Juara Bola Sepak
Maktab Mahmud
Juara Sepak Takraw
SMA Annajah Titi Gantung
Juara keseluruhan bagi memegang piala pusingan telah dimenangi oleh Zon Maktab Mahmud dengan bilangan 5 emas, 9 perak dan 3 gangsa. Majlis penutupan bagi kejohanan sukan pada kali ini telah dilangsungkan di Mini Stadium Keladi dan Acara Perasmian Penutupan serta pembahagian hadiah dirasmikan oleh Yang Berhormat. Dato` Haji Mohamed Taulan bin Mat Rasul, Exco Agama, Pelajaran dan Koperasi Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman.
Posted by
Bahagian Pendidikan JHEAIK
at
12:30 AM
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Labels:
Aktiviti