Pages

Subscribe

Monday, July 26, 2010

Majlis Ko-Kurikulum Peringkat Negeri Kedah



Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK) bahagian SPI/KAFA telah mengadakan satu majlis ko-kurikulum Peringkat Negeri Kedah pada 3 Jun 2010 yang bertempat di Sek. Keb. Kebun Pinang, Alor Setar Kedah. Majlis ini telah dimeriahkan dengan ketibaan dif-dif kehormat iaitu
YAB Dato’ Seri Ustaz Hj. Azizan bin Hj. Abdul Razak, SPMK.,JP.,Menteri Besar Kedah dan Y.A. Bhg. Toh Puan Hajjah Faikah bt Syeikh Hamzah. Upacara telah dimulakan dengan persembahan nasyid oleh Guru-guru kafa daerah Kota Setar. Acara pertandingan dibahagikan kepada 2 tahap iaitu tahap satu yang terdiri daripada tulisan jawi, bacaan jawi, tilawah al-Quran dan hafazan. Manakala tahap dua terdiri daripada pertandingan marhaban, nasyid dan azan. Keputusan bagi setiap kategori yang dipertandingkan ialah seperti berikut:

TAHAP SATU
ACARA : TULISAN JAWI
Johan (L)
Mohd Khairil Yusro b. Sobri
Zon Tengah
S.K. Guar Chempedak-Yan

Johan (P)
Nur Atirah bt. Mohd Nasir
Zon Selatan
S.K. Kuala Pegang, Baling

ACARA : BACAAN JAWI
Johan (L)
Mohd Zikri Akmal b. Baharin
Zon Utara
S.K. Bandar Baru Sintok-Kubang Pasu

Johan (P)
Siti Nur Hafizah bt. Md. Noor
Zon Utara
S.K. Jabi- Kota Setar

ACARA : AZAN
Johan
Mohd Amirul Munir b. Azli
Zon Kedah Tengah
S.K. Sri Aman Bedong-K.Muda

Naib Johan
Mohd Izzat b. Fadzil
Zon Kedah Selatan
S.K. Asam Jawa, Baling

ACARA : HAFAZAN AL-QURAN
Johan (L)
Mohd Adib b. Zainuddin
Zon Tengah
S.K. Langkasuka-Yan

Johan (P)
Nur Faqihah bt. Ahmad
Zon Tengah
S.K. Teroi-Yan

ACARA : TILAWAH AL-QURAN
Johan (L)
Mohd. Muzafar b. Rosidi
Zon Utara
S.K. Jabi, Kota Setar

Johan (P)
Nurul Izzah bt. Latifi
Zon Tengah
S.K. Merbok, Kuala Muda

TAHAP DUA
ACARA : TULISAN JAWI
Johan (L)
Ahmad Akmal b. Ahmad Shokury
Zon Utara
Kafa Penjara, Pokok Sena-Kota Setar

Johan (P)
Nurul Iffah bt. Mohd Fadhil
Zon Utara
S.K. Tualak-Padang Terap

ACARA : BACAAN JAWI
Johan (L)
Mohd Faiz Rashdan b. Rifaie
Zon Selatan
S.K. Kg Keda-Baling

Johan (P)
Nur Syazwani Syahirah bt. Mohd Hadir
Zon Selatan
S.K. Guar Lobak-Kulim

ACARA : AZAN
Johan
Sauqi b. Faisol
Zon Utara
S.K. Dato’ Syed Nahar,Kubang Pasu

Naib Johan
Khairul Hakimi b. Mohd Fadzil
Zon Kedah Tengah
S.K. Merbok Pusat,Kuala Muda

ACARA : HAFAZAN AL-QURAN
Johan (L)
Mohd Afiq Amzar b. Abd Khalid
Zon Selatan
MS. SG. Limau,Kulim

Johan (P)
Amirah Aufa bt. Mohd Noor
Zon Tengah
S.K. Pendang-Pendang

ACARA : MARHABAN
Johan
Kumpulan Al-Maarif
Zon Tengah
S.K. Jeneri,Sik

Naib Johan
Kumpulan Al-Hurqan
Zon Selatan
S.K. Guar Lobak, Kulim

ACARA : NASYID
Johan (L)
Kumpulan Sautul Imtiyaz
Zon Tengah
S.K. Teroi, Yan

Johan (P)
Kumpulan Cahaya Kasih
Zon Selatan
S.K. Kuala Pegang, Baling


Johan antara zon majlis ko-kurikulum kelas Al-Quran dan Fardhu Ain peringkat Negeri Kedah telah dimenangi oleh Zon Tengah dengan peratusan markah sebanyak 90%. Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Y.A. Bhg. Toh Puan Hajjah Faikah bt. Syeikh Hamzah, isteri kepada Y.A.B. Dato’ Seri Menteri Besar Kedah. Setelah itu, majlis perasmian penyempurnaan penutup telah disempurnakan oleh Y.A.B. Dato’ Seri Ustaz Hj. Azizan b. Hj. Abdul Razak, SPMK.,JP., Menteri Besar Negeri Kedah. Majlis telah berlangsung dengan jayanya. Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis tersebut didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.

Talian bebas Jabatan Pendidikan JHEAIK : 04-7745443 / 04-7333288 | Fax : 04-7317784 | Waktu Urusan pada jam 8.00 pagi hingga 4.45 petang

NasyidFM